CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Kisah Nyata Azab kubur

Tengok dulu sampai habis.. Baru tau... Ini kisah benar...

Monday, June 2, 2008

Hukum memakai inai, inai berukir dilaknat Allah


Mazhab Hanbali berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan untuk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala sama ada kepada lelaki ataupun perempuan.

Manakala mazhab syafie pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal-hal perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.

Imam An-nawawi Rh dalam fatwa al-majmu’ berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.

Manakala mazhab hanafi dan maliki pula, lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.

Ini diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya bahawa Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah, “Jangan memakai sebarang wangian ketika kamu berada dalam ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian.” (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma’rifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam At-tamheed)

Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: “Aku tidak tahu sama ada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (hadith riwayat abu dawud)

Abu Hurairah .a meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dengan henna (inai) dibawa ke hadapan rasulullah. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: "Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita." Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi' (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.a.w: "Kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda S.A.W bersabda: "Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang." (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih Al-Jaami', 2502)

3 hadith di dalam hal ini, wanita diharuskan memakai inai pada tangan dan kaki mereka TETAPI berwaspada sekiranya tujuan pemakaiannya adalah untuk seperti memakai wangian dengan tujuan tabarruj, maka ia adalah haram.

Hadith yang kedua dan ketiga, bahawa galakan rasulullah S.A.W menyuruh kaum wanita untuk memakai inai pada tangan adalah untuk berbeza antara lelaki dan perempuan. DI sini datang pula hadith S.A.W bahawa Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.

INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH
Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.

Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

1. Dari Ibnu Umar ra katanya: “ Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).

2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz : “ inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”.

Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita t ida k tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya..




Wallahua’alam.

10 comments:

LuQmAn NuL HaKiM BiN HaMzAH said...

nice blogspot....nice article...good job....teruskan usaha....smoga kejayaan mnjadi milik anda...:)

Anonymous said...

assalamualaikum ukhti,
terima kasih kerana memaklumkan tentang perkara yang tidak disedari atau tidak jelas hukum mengenai sesuatu.saya ingin bertanyakan sesuatu..yakni berkaitan hukum mempelajari falsafah.apa pandangan ukhti?saya harap ukhti dapat bertanya kepada ustaz di sekolah ukhti kerana saya yakin mereka boleh menjelaskan kepada ukhti dan saya.wassalam

aidamanas said...

maaf saya nak bertanya..
jika niat kita utk memakai inai berukir utk diri sendiri bukan dengan tujuan menunjuk mcmmAna?

- hadith yg dinyatakan diatas menyatakan jika ia ditusuk dengan alat pengukir,, berarti ianya adalah kekal sperti tatu.. tetapi henna berukir tidak bersifat kekal dan tidak ditusuk ke dalam..

- adakah sudah jelas menyatakan hukumnya haram.

- saya agak keliru sila jawab persoalan sya.

Anonymous said...

mau tanya .

saya berumur 16 tahun dan belum menikah .
tetapi saya ingin memakai inai,
dari hadist yg saya baca di atas , Rasulullh menganjurkan untuk memakai inai sebagai pembeda .
tetapi ada juga hadist yang menyebutkan memakai inai bagian dari tabarruj .

saya hendak minta pendapat, apakah sebaiknya saya memakai inai atau tidak ?

.::SYa iQa ZoNe::. said...

salam .. saya nak share this artikel.. blh yer..

Zuhelsyaheedah said...

salam to all bloggers..

ana dh tnya kpd seorang ustzh di SMik, inai smemangnya sunat bg prmpn utk m'bezakn tgn lelaki dan pmpn..
ada 1 hadith yg mncritakan, bhw Rasulullah prnah keliru tgn pmpnyg ada disbalik tabir, Rasulullah brtnya kpd org trsbut smada dia lelaki atau pmpn, org trsbut mnjwb bhw dia adalah pmpn, maka rasulullah meminta dia menginaikan jarinya..

Melukis inai dijari jg bleh, tetapi bg pmpn yg blumbernihkah, haruslah memakai srung tgn, spy x dikatakan tbarruj..
inai yg jnis dkwt(seperti yg dpkai org arab) adalah hram, krn ia tdk mmbnarkan wuddhu'.

wallahu'Alam..

pnulis,
KEMBARA FIRDAUSI

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Tahniah kpd saudara kerana berani menyiarkan artikel ini.. Tapi maaf sekali lagi saya ingin maklumkan, bahawa hadis yg saudara bagi tadi adalah tidak cukup kuat untuk mengharamkan pemakaian inai untuk lelaki ataupun perempuan... Dan juga hadis untuk mengharamkan memakai inai celoreng atau berukir adalah juga tidak kuat. Pengharaman berlaku dalam islam apabila sesuatu itu akan mengakibatkan kerosakan bagi diri kita atau sekalian alam. adakah inai akan merosakkan diri kita? adakah x sah sembahyng kalau pakai inai? Adakah inai itu haram? jwpannya tetap tidak! Jadi sekiranya ALLAH melaknat orang pakai inai berukir or kat jari or dia lelaki atau perempuan, sila tunjukkan Ayat Al Quran yg mengharamkan perlakuan tersebut. Tlg jgan bg jwpn yng menyuruh saya baca hadis pakai tatu tuh. Tatu adalah kekal kerana ditusuk sekali lagi DITUSUK ke kulit. So, mcm mn boleh mengatakan inai berukir dilaknat ALLAH? Adakah inai ditusuk? Pengharaman sesuatu adalah layak bagi ALLAH shj. Jika kita nak haramkan sesuatu, memang kita kena tengok Hadis TAPI KENA TENGOK QURAN JUGAK. Wassalam

umaira said...

assalamualaikum...

artikel yg bagus untuk panduan bersama...

...mohon izin untuk share...

mizz.belle(safra) said...

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak

Anonymous said...

Mohon share