CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Kisah Nyata Azab kubur

Tengok dulu sampai habis.. Baru tau... Ini kisah benar...

Monday, June 2, 2008

Hukum memakai inai, inai berukir dilaknat Allah


Mazhab Hanbali berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan untuk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala sama ada kepada lelaki ataupun perempuan.

Manakala mazhab syafie pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal-hal perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.

Imam An-nawawi Rh dalam fatwa al-majmu’ berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.

Manakala mazhab hanafi dan maliki pula, lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.

Ini diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya bahawa Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah, “Jangan memakai sebarang wangian ketika kamu berada dalam ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian.” (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma’rifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam At-tamheed)

Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: “Aku tidak tahu sama ada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (hadith riwayat abu dawud)

Abu Hurairah .a meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dengan henna (inai) dibawa ke hadapan rasulullah. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: "Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita." Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi' (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.a.w: "Kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda S.A.W bersabda: "Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang." (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih Al-Jaami', 2502)

3 hadith di dalam hal ini, wanita diharuskan memakai inai pada tangan dan kaki mereka TETAPI berwaspada sekiranya tujuan pemakaiannya adalah untuk seperti memakai wangian dengan tujuan tabarruj, maka ia adalah haram.

Hadith yang kedua dan ketiga, bahawa galakan rasulullah S.A.W menyuruh kaum wanita untuk memakai inai pada tangan adalah untuk berbeza antara lelaki dan perempuan. DI sini datang pula hadith S.A.W bahawa Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.

INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH
Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.

Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

1. Dari Ibnu Umar ra katanya: “ Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).

2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz : “ inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”.

Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita t ida k tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya..




Wallahua’alam.

Untuk Saudariku



Untuk saudariku para wanita, bukankah kita diciptakan sebagai makhluk yang dimuliakan oleh Allah dan Rasul-Nya? Untuk itu tempatkanlah diri kita sebagai makhluq tersebut.

Saudariku, tidak sedikit saudari-saudari kita yang tidak menyedari hal itu. Anugerah kecantikan yang semestinya dirawat dan disyukuri malah dijadikan bahan tontonan dan kebanggaan. Mereka mengira dengan penampilan yang serba terlihat dan mempesona di khalayak umum akan menjadi suatu kebanggaan yang dapat membuat orang lain menghargai dan terpesona. Kita marah, tetapi kita juga harus merasa kasihan kerana mereka kurang menyedari kalau yang dilakukannya itu telah menyakiti dzat yang Maha Menciptakannya.

Saudariku, masih ingatkah dengan cerita ketika Rasulullah di isra’ mi’rajkan? Rasulullah melihat ada wanita di dalam neraka yang kakinya ke atas, kepalanya ke bawah sambil meminum air yang mendidih dan memakan kayu kajum yang menghancurkan ususnya. Rasulullah bertanya kepada malaikat,

“Siapakah dia wahai malaikat?” maka malaikat menjawab, “Ya Rasulullah, itu adalah umatmu yang tidak mahu menutup rambut dan auratnya.”


Saudariku, begitu pun dalam Al-Quran surah An-Nuur dan Al-Ahzab mengatakan bahawa menutup rambut itu wajib hukumnya, tetapi bukan bererti sekadar menutup rambut.

Allah menyuruh,

“Ulurkan jilbabmu menutupi dada” (QS. An-Nuur: 31) dan

“Ulurkan jilbabmu menutupi tubuh” (Al-Ahzab: 59)

Saudariku, bersyukurlah kita dengan saudari yang sedang belajar menutup rambut, tetapi sedarlah bahawa dengan menutup rambut dan berpakaian tidak menutup aurat apalagi masih ada bahagian yang jelas terlihat belum sesuai dengan apa yang Allah serukan. Maka sedarilah dan mulailah dari sekarang untuk mengikuti apa yang menjadi kewajipan kita di hadapan-Nya.

Saudariku, kemulusan dan kecantikan bukanlah milik kita. Jadi, betapa malunya kita kalah membanggakan sesuatu yang sebenarnya bukan milik kita. Semua pasti akan kembali ke hadapan-Nya. Yang terakhir wahai saudariku, jadilah sebaik-baik penghias dunia iaitu wanita solehah yang disayangi Allah dan Rasul-Nya. Peliharalah kemuliaan kita di hadapan-Nya, semoga kita termasuk hamba yang disayangi Allah dan Rasul-Nya jua. Amiin.

Wahai saudariku yang dirahmati Allah, tidak sedikit orang-orang yang berupaya menebus kecantikan dengan berbagai cara. Ada yang mengoperasi hidungnya agar terlihat indah mempesona, ada yang mencukur alisnya sampai tidak bersisa walhal bulu alis berfungsi sebagai pelindung mata. Ada juga yang mengoperasi seluruh wajah agar kelihatan awet muda. Selain wajah, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki pun dirawat sedemikian rupa, tetapi bukan untuk suaminya melainkan untuk dapat dipertontonkan. Setiap mata yang melirik terpesona maka hati pun ikut berbicara. Mungkin orang-orang berkata,

“Betapa cantiknya aku sungguh aku bahagia.”

Akan tetapi, tidak sedikit dari mereka yang akhirnya harus mengalami kekecewaan kerana kecantikan lahir yang tidak disertai kecantikan hati, suatu ketika bisa mendatangkan musibah. Misalnya, kerana ia merasa cantik, timbulah kesombongan, sementara bersifat sombong itu adalah perbuatan yang dibenci oleh Allah dan tidak disukai manusia. Lantas kerana ia merasa cantik, dengan mudah berganti-ganti pasangan, tentu saja menyakitkan orang lain dan suatu ketika akan ia rasakan bagaimana perbuatan buruknya sebagai balasan dari amalan buruknya sendiri.

Saudariku, bagaimanapun cantiknya fisikal seseorang itu, suatu ketika akan pudar ditelan waktu dan zaman, tetapi kecantikan hati tidak akan pudar sama sekali walaupun usia semakin renta. Ia akan tampak semakin cantik dan menarik kerana tutur kata yang sopan, berbudi bahasa, dan perilaku aklaqul karimah yang tidak pernah membuat orang bosan berdekatan dengannya. SubhanAllah, mampukah kita cantik sepanjang zaman?

Semoga Allah menolong kita menjadi manusia tercantik dan memberi manfaat pada setiap hamba-hamba-Nya. ~Amiin...~

Sunday, June 1, 2008

Makanan HARAM di sisi Islam

Perhatian kpd smua umat Islam, Risalah ini diedarkan oleh Dr. Rasheed Mos, Universiti Malaya, KL, Persatuan Pengguna Malysia, Majlis Agama Islam Malaysia & Jabatan Kastam Malaysia.
Kajian telah dibuat oleh Mahasiswa2 UTM, UUM, USM, UM, UKM & CAP

Barangan yang mengandungi lemak khinzir:
1.Minyak masak LAM SOON (cap helang & buruh)
2.ubat pearl cream archc (thailand)
3.Ajinamoto (thailand)
4.ais cream harga RM 1.00 keatas
5.semua tauhu buatn org cina
6.Sabun Kux& Lotion Badan Buatan Malaysia, USA & Thailand
7. Sabun Fab berbuku
8. Lobak jeruk
9. mee & kuew teow basah (buatan cina)
10. krim muka Hazelin Snow

Barang yang mengfandungi kulit khinzir, uri & binatang yg tidak halal:
1. smua jenis serbuk mee terutama MAGGI
2. pucuk, kulit popia, fish cake, bebola ikan buatan cina
3. daging burger import
4. sardin, kari ayam dlm tin, yong taufu buatan org cina
5. kasut bola jenis "Gold Cup"
6. berus gigi jenis Rejoh
7. swmua sabun mandi yg diimport
8. ajinamoto kcuali keluaran kilang Lot 5710 Jln Kuchai Lama, KL
9. smua jenis shampoo kcuali keluaran org Islam
10. Have Pearl Cream
12. Ramuan KFC & Mac Donald
13. Ubat kurap buatan cina
14. mee rebus tulang & kiub perasa ayam
15. sabun mandi yg berminyak

Barang yg mengandungi gelatin lemak khinzir & binatang tidak halal:
1. Bosset Wine Gum
2. Dairy milk coklat
3. coklat cadbury / chewing gum
4. sugus strawbery
5. passor daily mixture
6. tribor mint chewing gum / pappermint
7. scotches vikunin
8. shake extra atrenight
9. black current jelly
10. royal gulaman & deenit orang
11. valvis gelatin
12. ais krim dlm bekas plastik
13. gula-gila fruities
14. sarung kapsul ubat
15. cake mets vilber punch
16. coklat cake
17. tepung kastard ladie`s choice
18. smua jenis jelly
19. smua jenis gincu bibir
20. kaseluruhan jenis sheisedo
21. lady`s choice jelly

Barang yg mengandungi alkohol unsur-unsurnya
1. barang Avon keseluruhannya
2. pewangi ketiak terutama jenama vitalis & concord
3. minyak rambut brylcream (Hijau)
4. racun serangga jenis spray seperti sheildtox, baygon & mortin
5. seluruh ubat batuk jenis sirap
6. keseluruhan ball pen dakwat kering
7. tonik bayi grape water , tonik waterbaby compound

" Yg halal itu terang hukumnya dan yg haram juga terang jelas hukumnya. Dan antara keduanya (hala & haram) ada perkara-perkara yg syubahat" Maksud hadis.

" Hendaklah kamu tinggalkan apa jua yg meragukan kpd yg tidak meragukan" Maksud Hadis.