CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Kisah Nyata Azab kubur

Tengok dulu sampai habis.. Baru tau... Ini kisah benar...

Thursday, May 15, 2008

Cinta Hakiki, Cinta Kekal Abadi

Bagi setiap mukmin yg bertaqwa, sudah menjd keharusan bahawa cinta kpd Allah, Rasulullah, & brjihad di jln Allah, merupakan cinta yg tidak ada duanya. Ini adalah kensekuensi iman serta keharusan didlm Islam. Bahkan halitu merupakan pendorong utama didlm menjunjung tinggi agama Allah, memyampaikanrisalah islam, dan menegakkan kalimah tauhid di bumi ini.

Tak diragukan lagi, bahawa menmukmin yg tlh merasakn kelazatan iman didlm hatinya, ia akan curahkan segala cintanya hanya kepada Allah SWT sahaja... yang ia yakini sebagai Dzat Tuhan yg Maha Sempurna, Maha Indah, dan Maha Agung. X ada satupun selain Dia yg memiliki kesempurnaan sifat2 tersebut dgn ketulusn iman yg sejati itulh akan lahir kesedaran bahawa hanya ajaran Allah-lah yg harus diikuti kerana Dialh yg Maha Tinggi, Maha Sempurna, dan Maha Agung.

Hal2 yg menyebabkan setiap mukmin harus mewujudkn cinta dgn penuh kesedaran, dan keikhlasan, diantaranya ialah.....

1. Meyakini bahawa Allah SWT yg merajai alam semesta, & dia dpt berbuat apa shj sesuai dgn kehendakNya. Manusia hanyalh hambaNya, x ada kewajipan bgNya melainkan harus mematuhi dan melaksanakansegala peraturan yg Allah pilih demi kemaslahatan dirinya.

2. meyakini bahawa Allah SWT Maha Mengetahui ttg segala sesuatu. Kerana itu, seorang mukmin meyakini pula bahawa allah lebih tahu ttg hukum2 & peraturan2 yg lebih tepat utk hambaNya. Dan Dia juga Maha Mengetahui segala kebaikan yg dihasilkan dr hukum2 dan peraturan2 Nya.

3. Meyakini bahawa Allah SWT Maha Bijaksana demi segala dgn apa yg Dia lakukan, yg tercermin bahawa Dia dpt berbuat segala sesuatu secara profesional.

4. Telah meyakini bahawa manusia betapapun tingginya kedudukannya, x akn pernah mampu menciptakan peraturan walaupun utk dirinya sendiri. Penyebabnya adalah keterbatasan kemampuan yg bnyk dipengaruhi faktor seperti lingkungan, perasaan, hawa nafsu, fanatisme, kebimbangan fikiran & garis politik yg dianut.

Tetapi pada zaman yg serba moden ini, bnyk manusia yg telah lupa ttg kecintaan dirinya kpd Tuhan sekalian makhluq, mereka hanya memikirkan cinta mereka terhadap harta kekayaan dunia, mengejar pangkat dan kedudukan, mencintai manusia yg bukan muhrim .

Walaupun manusia tahu bahawa dunia kini sudah tua dan hampir kiamat, tetapi manusia tetap juga melalaikan diri dengan mencintai perkara selain Tuhan yg Esa, dan telah menyebabkan bumi ini banyak berlakunya pertumpahan darah, dan menyebabkan bumi ini sudah tenat kerana dibanjiri dengan kemaksiatan yang semakin hari semakin bertambah.

Dengan ini ingatlah wahai saudara saudari sekalian, sesungguhnya cinta harta tidak akan dapat bawa kemana2, cinta bunga, bunga kan layu, cinta manusia, manusia kan pergi, cinta Illahi kekal abadi.

Bersama-samalah kita menjaga diri kita supaya cinta kita tidak akan terpesong dan hanya dikhaskan untuk Allah yg Maha Esa kerana cinta Allah adalah cinta hakiki, cinta yg akan kekal abadi...

0 comments: