CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Photobucket
salam

Kisah Nyata Azab kubur

Tengok dulu sampai habis.. Baru tau... Ini kisah benar...

Saturday, May 17, 2008

Yakjuj Makjuj Sudah Kembali!!!

WASHINGTON - Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan
mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup
20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United
States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh
saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba
menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.. Seorang pekerja
NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and
informasi mengenai kaum 'orang gua' ini. "Cerita ini harus diberitahu,"
kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk disorok". Sumber itu telah
mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. "Nampaknyer mereka
seperti kaum yang peramah", beliau berkata, "Tetapi mereka amat primitif.
Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah
memandangkan mereka tidak tahu bahasa English". "Mole People, sebagaimana
yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface
world)", kata sumber itu. "Dengan demikian, President Bush mengendalikan
situasi ini dengan penuh berhati-hati. "Tersilap langkah boleh
mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas.
Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar
setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. "Tetapi ada
pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal
merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka
Bumi".


Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit
perbezaan. "Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka
jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi.
Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki
itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole"


"Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan
juga keadaan yang teruk di bawah Bumi".
"Didapati bahawa terdapat
perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika
dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek
Navajo Lama.


Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot
yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas.
"Apabila salah
seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu
sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau".


"Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir
menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup
dari insiden itu". Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi -
pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati
buah-buahan segar.


"Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan
bersukaria", mengikut kata sumber."Amat jelas mereka tidak boleh menanam
buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah
muka Bumi". NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu
segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka
tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum
manusia".


"Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam
aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden
hari ini secara genetiknya ?"


Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.


"Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari
angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang
Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa persoalan.


Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupon peramah dan sanggup
bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah
Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan
NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah
menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak
menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat
dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan
oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran
"mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat". Menurut sumber itu, NASA
menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan
projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif dimana
wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan
"teknologi bawah tanah". Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan
rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State's Mount
Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar
barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah
bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.


Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan
kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih
tidak diketahui.


Ini adalah salah satu tanda dan petunjuk yang menyatakan bahawa dunia hampir kiamat. Jadi, sama-samalah kita meningkatkan amalan dan keimanan sebelum pintu taubat tertutup.

Wallahu a`lam... Hanya Allah saja lebih mengetahuinya...

0 comments: