CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Kisah Nyata Azab kubur

Tengok dulu sampai habis.. Baru tau... Ini kisah benar...

Tuesday, May 20, 2008

Ini lagi satu petanda kiamat...


MAKLUMAT INI DARI USTAZ HARUN DIN,BELIAU BACAKAN ARTIKEL TTG FAKTA BAHAWA PLANET MARIKH ( PLANET TERDEKAT DGN BUMI ) TELAH MENGALAMI PUSINGAN TERBALIK PADA BULAN SEPTEMBER LEPAS.INI MENUNJUKKAN BAHAWA PLANET YANG BERHAMPIRAN DENGAN PLANET MARIKH JUGA AKAN MENGALAMI KEJADIAN YANG SAMA.MAKA AKAN TERJADILAH KEJADIAN MATAHARI AKAN TIMBUL DARI ARAH BARAT YANG JUGA MERUPAKAN TANDA-TANDA BESAR KIAMAT .PADA MASA ITU JUGALAH PINTU TAUBAT AKAN DI TUTUP.KATA PARA ASTRONOMI PLANET,BUMI HANYA TUNGGU MASA SAJA.MAKLUMAT INI TIDAK DIDEDAHKAN SECARA MELUAS DAN TELAH DI HENTIKAN PENYEBARANNYA OLEH 'NASA' KERANA IA MENGUNGTUNGKAN UMMAT ISLAM.AMBILLAH PERANAN...

Dh ternyatalah bahawa kiamat sudah semakin dekat... Jadi sama-samalah kita bertaubat sebelum datangnya kiamat...

Saturday, May 17, 2008



Di Perkebunan Abadi...

Sebidang Tanah Kerdil menyambut ziarah kudus
ketika desir angin seakan meratib
mengirim zikir kesyahduan
yang kuliriki dengan semerbak doa-doa
di hujung lidah hayat kesementaraan ini
tatkala menatap relai dedaun rimbun kemboja
berserpahan rebah di tanah pusara
seperti mengutus pesan pada jalan pulang
abadi di sisi Tuhan...

Di tanah perkebunan abadi ini
redup dedaun di bawah rimbunan pepohon
mengalun tasbih nyanyi keagungan
buat mengenal erti kekerdilan
di taman kehidupan...

Yakjuj Makjuj Sudah Kembali!!!

WASHINGTON - Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan
mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup
20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United
States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh
saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba
menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.. Seorang pekerja
NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and
informasi mengenai kaum 'orang gua' ini. "Cerita ini harus diberitahu,"
kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk disorok". Sumber itu telah
mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. "Nampaknyer mereka
seperti kaum yang peramah", beliau berkata, "Tetapi mereka amat primitif.
Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah
memandangkan mereka tidak tahu bahasa English". "Mole People, sebagaimana
yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface
world)", kata sumber itu. "Dengan demikian, President Bush mengendalikan
situasi ini dengan penuh berhati-hati. "Tersilap langkah boleh
mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas.
Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar
setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. "Tetapi ada
pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal
merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka
Bumi".


Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit
perbezaan. "Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka
jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi.
Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki
itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole"


"Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan
juga keadaan yang teruk di bawah Bumi".
"Didapati bahawa terdapat
perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika
dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek
Navajo Lama.


Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot
yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas.
"Apabila salah
seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu
sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau".


"Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir
menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup
dari insiden itu". Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi -
pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati
buah-buahan segar.


"Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan
bersukaria", mengikut kata sumber."Amat jelas mereka tidak boleh menanam
buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah
muka Bumi". NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu
segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka
tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum
manusia".


"Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam
aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden
hari ini secara genetiknya ?"


Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.


"Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari
angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang
Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa persoalan.


Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupon peramah dan sanggup
bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah
Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan
NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah
menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak
menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat
dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan
oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran
"mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat". Menurut sumber itu, NASA
menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan
projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif dimana
wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan
"teknologi bawah tanah". Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan
rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State's Mount
Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar
barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah
bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.


Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan
kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih
tidak diketahui.


Ini adalah salah satu tanda dan petunjuk yang menyatakan bahawa dunia hampir kiamat. Jadi, sama-samalah kita meningkatkan amalan dan keimanan sebelum pintu taubat tertutup.

Wallahu a`lam... Hanya Allah saja lebih mengetahuinya...

Friday, May 16, 2008

Fadhilat Membaca Surah Al-Fatihah

Setiap hari kita akan membaca surah al Fatihah di dlm solat, semasa mengaji al Quran, semasa berdoa dan sebagainya. Sesungguhnya banyak fadhilatnya didlm surah Al Fatihah ini, dintaranya ialah:


1. Membaca al-Fatihah pada waktu malam serbnyk 41 kali maka Allah akan membuka segala pintu rezeki & dimudahkan segala urusan tanpa kepayahan atau kesulitan.

2. Sesiapa yg mengamalkan membaca surah fatihah sbnyk 20 kali setiap kali selesai sembahyang fardhu, Allah akan meluaskan rezekinya, memperbaiki akhlaqnya, mempermudahkan urusannya dan menghilangkan kesusahannya.

3. Allah juga menganugerahi apa yg diingininya oleh hambaNya serta dia mendpt pelbagai berkat & kemuliaan, berwibawa dan mempunyai penghidupan yg baik & terlindung dr kemudharatan dan kemusnahan.

4. Membaca Fatihah yg disertakan dgn Bimillah diantara sunat sembahyang subuh dgn istiqamah maka doanya utk memohon kenaikkan pangkat akan terkabul.

5. Kalau dia berhutang maka dia mampu membayarnya dan kalau dia mempunyai anak apabila anaknya dewasa, anaknya akan menjadi anak yang soleh.

6. Barang yg keluar dari harta perbendaharaan Arasy ialah 4 perkara: Fatihah, Ayat Kursi, dua ayat yg penghabisan surah Al-Baqarah dan surah Al-Kausar.

7. Siapa yg membaca Al Fatihah nescaya adalah tiap2 satu ayat daripada Al Fatihah itu mendinding baginya drpd neraka Jahanam.

8. Membaca Basmallah 21 kali ketika hendak tidur terpelihara pada malam itu drpd syaitan dan drpd kejahatan manusia dan jin dan drpd kecurian & kebakaran serta selamat drpd mati terkejut & terjauh drpd bala & penyakit.

9. Fatihah sunat dibaca pada tiap2 kali hadir ke masjid & sblm keluar daripadanya.

10. Sesiapa yg membaca Fatihah tujuh kali, surah al Falaq tujuh kali dan surah an Nas 7 kali
slps sembahyang Jumaat iaitu sblm mengubah kedudukannya nescaya diampun akan dosanya.

So kita perbanyakkanlah usaha kita lagi dalam membaca Al Fatihah drpd asyik berbual kosong kerana banyak lg faedahnya drpd asyik berbual kosong.

P/S: Ini shj yg dapat ana sampaikan, jika ada penambahn bolehlah beri tahu....

Thursday, May 15, 2008

Cinta Hakiki, Cinta Kekal Abadi

Bagi setiap mukmin yg bertaqwa, sudah menjd keharusan bahawa cinta kpd Allah, Rasulullah, & brjihad di jln Allah, merupakan cinta yg tidak ada duanya. Ini adalah kensekuensi iman serta keharusan didlm Islam. Bahkan halitu merupakan pendorong utama didlm menjunjung tinggi agama Allah, memyampaikanrisalah islam, dan menegakkan kalimah tauhid di bumi ini.

Tak diragukan lagi, bahawa menmukmin yg tlh merasakn kelazatan iman didlm hatinya, ia akan curahkan segala cintanya hanya kepada Allah SWT sahaja... yang ia yakini sebagai Dzat Tuhan yg Maha Sempurna, Maha Indah, dan Maha Agung. X ada satupun selain Dia yg memiliki kesempurnaan sifat2 tersebut dgn ketulusn iman yg sejati itulh akan lahir kesedaran bahawa hanya ajaran Allah-lah yg harus diikuti kerana Dialh yg Maha Tinggi, Maha Sempurna, dan Maha Agung.

Hal2 yg menyebabkan setiap mukmin harus mewujudkn cinta dgn penuh kesedaran, dan keikhlasan, diantaranya ialah.....

1. Meyakini bahawa Allah SWT yg merajai alam semesta, & dia dpt berbuat apa shj sesuai dgn kehendakNya. Manusia hanyalh hambaNya, x ada kewajipan bgNya melainkan harus mematuhi dan melaksanakansegala peraturan yg Allah pilih demi kemaslahatan dirinya.

2. meyakini bahawa Allah SWT Maha Mengetahui ttg segala sesuatu. Kerana itu, seorang mukmin meyakini pula bahawa allah lebih tahu ttg hukum2 & peraturan2 yg lebih tepat utk hambaNya. Dan Dia juga Maha Mengetahui segala kebaikan yg dihasilkan dr hukum2 dan peraturan2 Nya.

3. Meyakini bahawa Allah SWT Maha Bijaksana demi segala dgn apa yg Dia lakukan, yg tercermin bahawa Dia dpt berbuat segala sesuatu secara profesional.

4. Telah meyakini bahawa manusia betapapun tingginya kedudukannya, x akn pernah mampu menciptakan peraturan walaupun utk dirinya sendiri. Penyebabnya adalah keterbatasan kemampuan yg bnyk dipengaruhi faktor seperti lingkungan, perasaan, hawa nafsu, fanatisme, kebimbangan fikiran & garis politik yg dianut.

Tetapi pada zaman yg serba moden ini, bnyk manusia yg telah lupa ttg kecintaan dirinya kpd Tuhan sekalian makhluq, mereka hanya memikirkan cinta mereka terhadap harta kekayaan dunia, mengejar pangkat dan kedudukan, mencintai manusia yg bukan muhrim .

Walaupun manusia tahu bahawa dunia kini sudah tua dan hampir kiamat, tetapi manusia tetap juga melalaikan diri dengan mencintai perkara selain Tuhan yg Esa, dan telah menyebabkan bumi ini banyak berlakunya pertumpahan darah, dan menyebabkan bumi ini sudah tenat kerana dibanjiri dengan kemaksiatan yang semakin hari semakin bertambah.

Dengan ini ingatlah wahai saudara saudari sekalian, sesungguhnya cinta harta tidak akan dapat bawa kemana2, cinta bunga, bunga kan layu, cinta manusia, manusia kan pergi, cinta Illahi kekal abadi.

Bersama-samalah kita menjaga diri kita supaya cinta kita tidak akan terpesong dan hanya dikhaskan untuk Allah yg Maha Esa kerana cinta Allah adalah cinta hakiki, cinta yg akan kekal abadi...

Wanita Solehah


"Diciptakan wanita itu, lembut fitrahnya…
Halus kulitnya, manis tuturnya…
Telus hatinya membisik di jiwa…Bukanlah wanita itu lemah…
Bukanlah wanita itu sering bertemankan…
Tangis dan sendu….

Tetapi disitulah tersimpan kekuatannya..
Menjadi “izzah” yang paling gah..
Malah lebih gah dari keegoaan seorang lelaki.
.Lembut wanita bukanlah lemahnya…
Tapi lembut wanita kerana itu senjatanya…
Wanita yang beriman lebih tinggi martabatnya…
Dan wanita yang soleh itu…
Lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh…

Bukanlah fitnah kiranya ar-Rijaal dan an-Nisa’Sama-sama mejaga kehormatan mereka…
Al-Haya’ itu wujud dalam diri setiap insan…
Wujudnya ia seiring dengan nafas insani..
Kerana Al-Haya’ itulah pakaian iman setiap wanita…
Indahnya Al-Haya’…tercipta sebagai pembeteng diri…
Leburnya Al-Haya’, runtuhlah imannya…

Diciptakan wanita ibarat sebiji epal…
Bukanlah epal yang tidak berkualiti…
Mudah dicari…kerana berguguran di tanah…
Tetapi epal yang tak mampu dicapai…
Epal yang berada di puncak..
Susah dipetik,susah digapai..

Diciptakan wanita itu indah budi pekertinya….
Dari rusuk si lelaki…bukan dari kaki untuk dialasi…
Bukan dari kepala untuk dijunjung…
Tetapi dekat dibahu untuk dilindung.
.Dekat juga di hati untuk dikasihi..
Indahnya wanita seindah mutiara kasih...